Monday, December 14, 2009

HIJRAH

Assalammualaikum berapa jam lagi bermulalah satu lagi episod baru untuk aku dan keluarga aku. terlalu berat untuk aku berefikir kala ini. lagi banyak aku berfikir lagi tu mcm2 akan terfikir...ermmm. Aku tawakkal pada Allah yang esa agar peghijrahan aku dan keluarga diberkati dan disayangi.Kalu kita lihat dunia sekarang dan waktu zaman Rasulluah, penghijrahan adalah amat dituntut kerana pengorbanan manusia untuk menjadi khalifah yang terbaik amat dituntut. pengorbanan ini melitupi urusan yang kurang baik ke urusan baik. sempena bulan hijrah ini aku menyemat semangat aku dan keluarga aku untuk mengubah hidup menjadi baik.Penuh maksud tue.bukan sekadar dunia tetapi akhirat juga.Aku mendoakan agar Allah menjemput aku ke Masjidilharam untuk buat ibadat umrah dan haji.Sebagai manusia kita tak lepas buat dosa besar dan kecil antara kita sedar atau tidak.Yang penting aku dapat sucikan hati aku untuk menjadi yang baik agar aku sedar tentang dosa - dosa yang telah aku lakukan suatu dahulu dan memperbaiki kesalahan aku dahulu banyak aku dapat ucapan baik2 dr rakan2,saudara mara,isteri dan anak aku. Aku bersyukur padaMu Allah kerana telah memberi rezeki dan kesederhanaan hidup pada aku sekeluarga.Sukur padaMu Allah telah memberi peluang mempelajari ilmu Allah di tanah suci setelah kau memberi peluang mempelajari ilmu di Butanol Dept.Syukur padaMu Allah telah melindungi keluarga aku sekeluarga.Syukur tak terhingga padaMu Allah.aku berdoa agar Allah mempermudahkan urusan aku disana nanti dan melindungi keluarga aku ketika aku disana.

Tuesday, November 3, 2009

Visa

assalammualaikum.... Sah dan dah confirm pun flight ticket dan visa aku ke Saudi arabia. Pn rosnah e-mail semua tu dan masa pun dah start menghitung hingga ke tarikh dan masa yang di tentukan. Aku hanya berdoa semua usaha dan langkah aku dipermudahkan oleh-Nya. Sedih....sedih... mmg ada pasal nak tinggalkan keluarga nie.Siapa tak sedih tue memang dia robotlah pasal robot tak da perasaan. Banyak benda nak pikir saat nie tapi berserah jea pada Allah yang maha kaya agar memudahkan urusan hidup. Sekarang dah tak tertanya-tanya lagi seperti dulu, bila nak pergi lah? bila nak resign lah? bila ejen nak hantar lah? macam2 hal.Walaubagaimana pun apa yang aku usaha nie minta diberkati olehNya.Adakalanya kita berusaha, tapi tak menjadi bukan salah Allah tak berkati tapi itulah ketentuan Qadak dan Qadar.sebagai manusia kita harus percaya kerana kita adalalah hak milik Allahh.Dia lebih berhak atas kita. Pada tiket tu, aku akan berlepas dr Kuantan airport pd 14hb 1915Hrs dan flight aku ke saudi pada 15hb 0315Hrs.Aku minta kat ejen tue berlepas pd Dec pasal aku kena tender 1 month notice ngan optimal.Kalu aku nak 24 Hrs pun boleh tapi biarlah hal nie diselesaikan cara baik.Aku banyak terhutang budi ngan optimal nie pasal banyak ilmu Allah telah aku belajar may b next time aku cerita pasal department aku plok.Bila nak resign? ermmmmm kerasnya.... Assalammualaikum

Thursday, October 29, 2009

MY FAMILY

Tanje & Bunny by hanifshafie

Tanje & Bunny by hanifshafie

Thursday, October 15, 2009

Khalifah

Assalammualaikum lama gak tak update nie. takpeler pasal tak ada orang nak follow blog nie pun. Aku sekadar untuk isi masa lapang jea. mengenai tajuk diatas nie, seorang khalifah telah lahir ke bumi ni pada 10/10/09. sedap gak tarikh nie.Nama dia adalah Mohammad Adam Haiqal.Hajat abang aku nak anak lelaki dah termakbul. Persamaan ngan Adam dan Aqyl adalah waktu dilahirkan kedunia ni.date memeng lah different. mereka ni dilahirkan kedunia pada waktu malam pada pukul 2340Hrs.Jadi Aqyl dah pun menjadi abang long tong lah. Pagi tadi aku dapat tahu yang adam kena tahan wad kanak2 pasal demam kuning.Sekarang kebanyakkan baby kena cuma antara high n low scale .Walaupun begitu aku tetap mendoakan agar anak sedara aku tu sihat. sekian Assalammualaikum....

Wednesday, October 7, 2009

Sambung daa

Assalammualaikum, aku baru aje sembuh dari batuk yang teruk.tak pernah aku batuk sampai cram perut aku. Amat menyiksakan sekali. 3 hari masuk antibiotik sebanyak 6 botol cecair antibiotik. batuk dah hilang tapi peti suara aku pulak dah kacau pulak. suara dah jadi serak tapi aku dah start minum air masak banyak. hari raya yang tak seronoknya aku demam dan selesema dulu.dah baik demam batuk menyerang. 1st raya kat kilang dan kuantan. tak raya mana pun pasal petang dah balik ke kerteh. 2nd raya kat ampang and petang balik ke melaka.3rd raya kat melaka beraya kat Gadek. malam tu lepas raya umah mak kak enon terus gi beraya melawat bandar melaka dari atas bot daa. seronok tengok pemandangan indah sepanjang sg Melaka. Aku dah pakat ngan orang umah aku nak pergi lagi esoknya TEtapi aku flu and fever amat sgt tu....hehhehe nak buat mcmana dah Allah nak beri.Kita hambanya terima ngan hati terbuka.Aku dah janji ngan wife n anak aku if ada masa nanti i will come back again. Aku tenanti bila lah thinkplus nak hantar form medical check up kat aku nie. lagi lambat dapat lagi lambat lah aku nak pergi nie. kalu ada rezeki tak kemanakan. serah pada Allah ajelah. Dia yang maha melihat semua yang berlaku di atas dunia ini. Manusia sentiasa ada dosa dengan manusia dan Allah jugak. Kalu ada dosa pada yang sedang baca blog nie aku minta maaf bebanyak jika aku ada buat salah. sekian Assalammualaikum

Tuesday, September 15, 2009

15/9/2009

Assalammualaikum

aku tengah serviced kereta.tukar absorber belakang kereta aku. Pagi tadi hati aku sedih gak melihat anak aku menangis tak nak masuk taska.Dah cerdik tu.Aku berhenti kereta kat depan taska jea si tanje pun start nangis. Pada hemat aku dia dah cam pagar taska tu. Kesian gak aku tengok. Hati ayah kan. Tu belum dia tanya 'burung apa tu. semakin hari semakin risau dan berdebar nak ke saudi ni. Apa yang pasti aku pilih jalan yang baik bukan jalan yang salah. Buat baik ada balasan baik untuk aku.

Saturday, September 12, 2009

belajar

Assalammmualikum.dari satu ke satu aku belajar sendiri buat blog ni. Kalu belajar sendiri ilmu yg kita dapat akan kekal insyaAllah.anak aku munangis da. aku nak gi sumbat susu da